Rukun & Syarat Sah Nikah
*Rukun nikah*
1. Pengantin lelaki (Suami)
2. Pengantin perempuan (Isteri)
3. Wali
4. Dua orang saksi lelaki
5. Ijab dan kabul (akad nikah)
*singkatan S.I.S.W.A.*
*Syarat Sah Nikah*
*Syarat bakal suami*
1. Beragama Islam
2. Lelaki yang tertentu
3. Bukan lelaki mahram dengan bakal
isteri
4. Mengetahui wali yang sebenar bagi
akad nikah tersebut
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Dengan kerelaan sendiri dan bukan
paksaan
7. Tidak mempunyai empat orang isteri
yang sah dalam satu masa
8. Mengetahui bahwa perempuan
yang hendak dikahwini adalah sah
dijadikan isteri
*Syarat bakal isteri*
1. Beragama Islam
2. Perempuan yang tertentu
3. Bukan perempuan mahram dengan
bakal suami
4. Bukan seorang khunsa (banci)
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Tidak dalam idah
7. Bukan isteri orang
*Syarat wali*
1. Islam , bukan kafir dan murtad
2. Lelaki dan bukannya perempuan
3. Baligh
4. Dengan kerelaan sendiri dan bukan
paksaan
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Tidak fasik
7. Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu
tua dan sebagainya
8. Merdeka
9. Tidak ditahan kuasanya daripada
membelanjakan hartanya
*Sebaiknya bakal isteri perlulah memastikan
syarat WAJIB menjadi wali. Sekiranya syarat
wali bercanggah seperti di atas maka tidak
sahlah sebuah pernikahan itu. Sebagai seorang
mukmin yang sejati, kita hendaklah menitik
beratkan hal-hal yang wajib seperti ini. Jika
tidak di ambil kira, kita akan hidup di lembah
zina selamanya*
*Syarat-syarat saksi*
1. Sekurang-kurangya dua orang
2. Islam
3. Berakal
4. Baligh
5. Lelaki
6. Memahami kandungan lafaz ijab dan
qabul
7. Dapat mendengar, melihat dan cakap
8. Adil (Tidak melakukan dosa-dosa besar dan tidak berterusan melakukan dosa-dosa kecil)
9. Merdeka
*Syarat ijab*
1. Pernikahan nikah ini hendaklah tepat
2. Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
3. Diucapkan oleh wali atau wakilnya
4. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah(nikah kontrak perkahwinan(ikatan suami isteri) yang sah dalam tempoh tertentu
seperti yang dijanjikan dalam persetujuan nikah muataah)
5. Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu ijab dilafazkan)
*Contoh bacaan Ijab* :Wali/wakil Wali berkata
kepada bakal suami:
*Aku nikahkan/kawinkan
engkau dengan Diana Binti Ikhsan dengan mas kawin sebanyak 1 juta tunai*
*Syarat qabul*
1. Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
2.Tiada perkataan sindiran
3. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
4. Tidak diikatkan dengan tempo waktu seperti mutaah(seperti nikah kontrak)
5. Tidak secara taklik(tiada sebutan prasyarat sewaktu qabul dilafazkan)
6. Menyebut nama bakal isteri
7. Tidak diselangi dengan perkataan
lain
*Contoh sebutan qabul(akan dilafazkan oleh bakal suami)* :
*Aku terima nikah perkahwinanku dengan Diana Binti Ikhwan dengan mas kawin1 juta sebanyak tunai*
ATAU
*Aku terima Diana Binti Iksan sebagai isteriku*
0 komentar:
Posting Komentar