Wasiat Imam Ghazali
Assalamualaikum Teman2 Sekalian
Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu sang
Imam bertanya:
1. “Apa yang PALING DEKAT dengan diri kita di dunia ini ?”.
Murid-muridnya menjawab: “Orang tua, guru, kawan dan sahabatnya”.
Imam Ghazali menjelaskan, “Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling
dekat dengan kita adalah “MATI”.
Sebab itu memang janji Allah SWT bahwa dalam Surah Ali 'Imran ayat 185
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari
kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung.
Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”.
Maut bisa datang menjemputmu sewaktu-waktu tanpa kita tahu, dimanapun
kamu bersembunyi, maut tetap akan datang menghampirimu tanpa kamu tahu
kapan itu terjadi. Tapi ingat pula sabda Rasululloh saw :“Janganlah kamu
takut mati karena pasti terjadi, janganlah kamu minta mati datang
kepadamu dan janganlah kamu berbuat yang mendekatkan dirimu dengan mati”.
Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang kedua
2. “Apa yang PALING JAUH dari diri kita di dunia ini ?”.
Murid-muridnya menjawab: “Negeri Cina, bulan, matahari dan
bintang-gemintang”.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar. Tapi yang
paling benar adalah “MASA LALU”.
Walau dengan cara apapun kita tidak pernah akan dapat kembali ke masa
lalu. Oleh sebab itu kamu harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan
datang menjadi lebih baik dari hari sebelumnya dan isi dengan beribadah
kepada Allah SWT dan berbuatlah baik kepada sesama manusia agar kamu
selamat.
3. “Apa yang PALING BESAR di dunia ini ?”.
Murid-muridnya menjawab: “Gunung, bumi, matahari”.
Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahwa semua jawaban itu benar. Tapi yang
paling benar adalah “NAFSU”
Firman Allah SWT dalam Surah Al A'raf ayat 179,
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan
dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak
dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai
mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan
Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya
untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak,
bahkan mereka lebih sesat lagi”.
Kemarahan, perzinahan, pencurian, perkelahian, peperangan dan
pembunuhan, semua dimulai dari “nafsu” yang tidak terkendali. Oleh
karena itu berhat-hatilah dengan nafsu-mu, jangan sampai nafsu membawa
kamu ke neraka.
4. “Apa yang PALING BERAT di dunia ini ?”
Murid-muridnya menjawab: “Besi, gajah”.
Semua jawaban itu benar. Tapi yang paling berat adalah “MEMEGANG AMANAH”
Firman Alloh SWT dalam surah Al Ahzab:72.
”Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika
Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini.
Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah tsb,
sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka karena tidak dapat memegang
amanahnya.”
Memegang amanah itu berat, dan siapa yang berkhianat dan tidak memegang
amanah, ialah orang munafik.
5. “Apa yang PALING RINGAN di dunia ?”
Ada yang menjawab: “Kapas, angin, debu dan dedaunan”.
Semua itu benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini
adalah “MENINGGALKAN SHALAT”.
Gara-gara cinta kepada lawan jenis, cinta kepada dunia (kekayaan),
keluarga, pekerjaan kamu dengan ringan meninggalkan sholat, gara-gara
bermusyawarah kamu dengan ringan meninggalkan shalat.
6. “Apakah yang PALING TAJAM di dunia ?”.
Murid-muridnya menjawab serentak: “Pedang !”.
Imam Ghazali membenarkan, tapi yang paling tajam adalah “LIDAH MANUSIA”.
Karena melalui lidahnya, manusia bisa melukai dan menyakiti hati saudara
dan tetangganya sendiri. Luka akibat pedang masih bisa diobati, tapi
luka kerena lidah kemana obat akan dicari.
================================
30 WASIAT IMAM AL-GHAZALI
Imam al-Ghazali mempunyai daya ingatan yang kuat dan bijak berhujjah.
Beliau digelari “Hujjatul Islam” kerana kemampuannya tersebut. Beliau
sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang
merupakan pusat kebesaran Islam. Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang
ilmu pengetahuan. Di antara kitab beliau yang paling terkenal adalah
“Ihya Ulumuddin” (Menghidupkan Ilmu Agama) yang menjadi rujukan utama
umat Islam di seluruh dunia.+
Wasiat 1:
Berbakti kepada dua ibu bapa wajib kerana hukum Allah. Anak yang enggan
berbakti kepada dua ibu bapanya dianggap anak derhaka. Dan perbuatan
derhaka satu dosa besar.+
Wasiat 2:
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah s.a.w. juga tergolong sebagai
anak yatim dan baginda akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi
dan mengasihani anak yatim di akhirat.+
Wasiat 3:
Ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna kehidupan setiap insan.
Laluilah ia dengan sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian
itu untuk mematangkan keimanan kita.+
Wasiat 4:
Menghormati dan memuliakan guru merupakan tugas dan kewajipan kita
sebagai anak dan murid. Guru bagaikan orang tua kita sendiri yang wajib
kita hormati dan muliakan.+
Wasiat 5:
Menanamkan iman dalam diri anak merupakan kewajipan orang tua. Anak-anak
akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitive dengan Tuhan. Bila
ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuat
dosa.+
Wasiat 6:
Banyak pendidikan kesihatan yang diajar oleh Rasulullah kepada umatnya
termasuk aspek kebersihaan tubuh badan, pakaian, alam sekitar dan juga
makanan. Kerana di dalam tubuh yang sihat itu terdapat kelazatan dalam
beribadat.+
Wasiat 7:
Islam mendidik kita agar memuliakan dan menghormati tetamu. Kerana
tetamu datang membawa rezeki dan apabila ia pulang menghapuskan dosa kita.+
Wasiat 8:
Menghormati jiran adalah merupakan tugas dan kewajipan setiap Muslim.
Kita dituntut untuk bersikap memuliakan jiran kita kerana jiranlah orang
yang paling terdekat dengan kita.+
Wasiat 9:
Al-Quran memerintahkan kita agar berfikir dan menggunakan akal untuk
memecahkan rahsia hidup ini. Matlamatnya adalah untuk kebahagiaan dunia
dan akhirat kita.+
Wasiat 10:
Al-Quran mengandungi fakta dan mukjizat. Kejadian alam, manusia dan ilmu
pengetahuan didedahkan secara terus terang, yang membuat manusia yakin
akan kebenaran adanya Allah.+
Wasiat 11:
Mencintai ilmu dan mengamalkan ilmu adalah tanda kecerdasan dan disukai
Allah. Barangsiapa yang keluar rumahnya dengan niat untuk mencari ilmu,
nescaya dilindungi Allah dan sampai ia kembali.+
Wasiat 12:
Sesungguhnya dusta itu menuntun kepada kekejian dan kekejian itu
menuntun ke dalam api neraka. Tidak henti-hentinya seseorang berdusta
dan membiasakan diri dalam dusta, sehingga dicatat di sisi Allah sebagai
pendusta.+
Wasiat 13:
Menyaksikan maksiat, kejahatan dan menjadi saksi palsu adalah di antara
penyakit lidah dan hati yang amat merbahaya. Ianya menjadi punca kepada
rosaknya iman dan seterusnya boleh membawanya ke neraka jahannam.+
Wasiat 14:
Islam tidak hanya mengharamkan perbuatan zina, tetapi termasuk juga
sebarang tindak-tanduk yang membawa kepada berlakunya perbuatan yang
terkutuk itu, iaitu sebarang perlakuan kea rah menghampiri zina.+
Wasiat 15:
Minuman yang memabukkan seperti arak, hukumnya adalah haram, sama ada
sedikit atau banyak, mabuk atau tidak. Setiap Muslim yang berakal pasti
menjauhi arak kerana ia merosakkan akal, menimbulkan penyakit dan
dimurkai Allah.+
Wasiat 16:
Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan,
dan apabila berkata dengan penuh kebenaran, tidak menyakiti hati orang,
dan jujur sama ada kepada diri sendiri mahupun kepada orang lain.+
Wasiat 17:
Mujahidin atau pejuang-pejuang Islam yang berjuang di jalan Allah adalah
mereka yang merentasi ceruk bumi ini dengan satu mesej, iaitu menegakkan
kebenaran Islam dan menghancurkan kebatilan.+
Wasiat 18:
Ahlul Itsar iaitu orang-orang yang gemar melakukan kebaikan, sentiasa
mendahulukan kepentingan orang lain, menolong dan membantu orang yang
memerlukan bantuannya. Mereka adal ah orang yang paling bermanfaat dan
disayangi oleh orang lain.+
Wasiat 19:
Orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah, maka Allah bukakan
pintu-pintu kebaikan yang banyak sehingga tiada hari bagi mereka
melainkan harus berbuat kebaikan, iaitu kebaikan apa sahaja yang
diperintahkan oleh agama.+
Wasiat 20:
Ahlul Najat iaitu orang-orang yang selamat. Mereka hanya menunaikan
amalan-amalan yang wajib dan meninggalkan larangan-larangan Allah. Hanya
itu yang mereka kerjakan, tidak lebih dan tidak pula kurang.+
Wasiat 21:
Menjadi manusia yang paling bahagia adalah idaman setiap insan. Oleh itu
raihlah hari-hari bahagia bersama Allah dan Rasul-Nya.+
Wasiat 22:
Malu adalah perhiasan Mukmin sejati. Ianya merupakan akhlak para Nabi
dan Rasul yang harus dimiliki setiap orang yang mengaku umat Muhammad.+
Wasiat 23:
Syaitan adalah musuh yang nyata ke atas manusia. Oleh itu jadikan ia
sebagai musuh, bukan sebagai kawan.+
Wasiat 24:
Silaturahim adalah amalan mulia para Nabi dan Rasul, sehinggakan orang
yang memutuskan silaturahim dianggap telah melakukan dosa besar.+
Wasiat 25:
Mengingat mati mendatangkan kemanisan iman dan sekaligus menguatkan rasa
ber-Tuhan dan taqarrub kepada Allah.+
Wasiat 26:
Orng yang menghafal al-Quran dianggap sebagai keluarga-keluarga Allah.
Oleh itu perbanyakkanlah menghafal al-Quran kerana ia cahaya di dalam
kubur.+
Wasiat 27:
Solat tahajjud ataupun qiamul lail adalah solatnya para Nabi dan Rasul.
Bangunlah pad malam yang akhir dan gunakan waktumu untuk meminta hajatmu
nescaya akan segera ditunaikan Allah.+
Wasiat 28:
Kasih dan cinta kepada Rasulullah s.a.w. adalah satu kemestian dalam
kehidupan soerang Muslim. Setiap Muslim mesti berbuat demikian kerana
baginda adalah orang yang paling berjasa di dalam membimbing dan memberi
petunjuk kepada manusia sejagat.+
Wasiat 29:
Doa memiliki kekuatan dan kehebatan yang dahsyat sehinggakan doa
dianggap sebagai senjata mukmin dan pembuka pintu rezeki.+
Wasiat 30:
Solat yang khusyuk adalah kunci mendapatkan keredhaan Allah. Latihlah
kekhusyukan di dalam solat supaya beroleh kemenangan di syurga.
================================
25 Wasiat Imam Ghazali
(Wasiat 8)
Imam Ghazali berkata: ``Ilmu tanpa amal adalah gila dan pada masa yang
sama, amalan tanpa ilmu merupakan suatu amalan yang tidak akan berlaku
dan sia- sia.''
Ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan diri kita daripada
maksiat, kerana ilmu yang tidak diamalkan tidak akan mampu menolong
manusia melarikan diri daripada melakukan maksiat selama-lamanya.
Di samping itu, ilmu yang ada juga masih belum mampu mendorong kita
untuk taat kepada Allah s.w.t. Ini kerana beramal dan taat kepada Allah
itu datangnya daripada kesedaran diri bahawa ia akan menghadapi maut
suatu hari nanti.
Seseorang itu juga tidak mampu menjauhkan dirinya daripada api neraka
hanya dengan bergantung kepada pencapaian hidup dan ilmunya semata-mata.
Ia hendaklah diikuti dengan amalan yang didasari dengan ilmu yang telah
dipelajarinya.
Apabila kita tidak beramal dengan ilmu yang ada pada diri kita, kita
sudah tentu tidak dapat melepasi perhitungan Allah pada Hari Akhirat kelak.
Janganlah sampai kita menjadi orang yang menyesal dan meminta
dikembalikan semula ke dunia, suatu perkara yang tidak mungkin terjadi.
Sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah as-Sajdah ayat 12 yang
bermaksud :
Wahai Tuhan kami, kami telah melihat kebenaran di hadapan mata kami,
kami telah mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan perkara yang kami
ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia agar kami mengerjakan
perkara yang baik-baik. Sesungguhnya kami sekarang telah yakin.
Maka pergunakanlah masa di dunia ini sebaik- baiknya dengan menuntut
ilmu dan beramal dengannya, dan jauhilah sikap hanya berbangga- bangga
dengan amalan sedangkan ilmunya tiada.
================================
Wasiat Imam Al Ghazali Rahimahullah
Ilmu adalah cahaya. Demikian kata imam syafi’I dalam syairnya. Karena
ilmu begitu penting, Rasulullah saw memerintahkan, “Tuntutlah ilmu sejak
dari buaian sampai liang lahad.” Namun, ilmu saja tidak cukup. Ilmu
harus dimanfaatkan, dengan mengajarkan dan –yang terpenting-
mengamalkannya. Imam Al-Ghazali, penulis kitab Ihya Ulumuddin, pernah
mengirim surat kepada salah seorang muridnya. Melalui surat itu,
Al-Ghazali ingin menyampaikan tentang pentingnya memadukan antara ilmu
dan amal. Berikut petikannya. Anakku… Nasihat itu mudah. Yang sulit
adalah menerimanya. Karena, ia keluar dari mulut yang tidak biasa
merasakan pahitnya nasihat. Sesunggunya siapa yang menerima ilmu tetapi
tidak mengamalkannya, maka pertanggungjawabann ya akan lebih besar.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw, “Orang yang paling berat azabnya pada
hari kiamat kelak adalah orang berilmu (‘alim; ulama) yang tidak
memanfaatkan ilmunya.” Anakku… Janganlah engkau termasuk orang yang
bangkrut dalam beramal, dan kosong dari ketaatan yang sungguh-sungguh.
Yakinlah, ilmu semata tak akan bermanfaat-tanpa mengamalkannya.
Sebagaimana halnya orang yang memiliki sepuluh pedang Hindi; saat ia
berada di padang pasir tiba-tiba seekor macan besar nan menakutkan
menyerangnya, apakah pedang-pedang tersebut dapat membelanya dari
serangan macan jika ia tidak menggunakannya? ! Begitulah perumpamaan
ilmu dan amal. Ilmu tak ada guna tanpa amal. Anakku… Sekalipun engkau
belajar selama 100 tahun dan mengumpulkan 1000 kitab, kamu tidak akan
mendapatkan rahmat Allah tanpa beramal. “Dan bahwasanya seorang manusia
tiada memperoleh selain apa yang telah diusahakannya.” (QS. An-Najm
[53]: 39) “Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka
hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia
mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya." (QS.
Al-Kahfi [18]: 110) Anakku… Selama tidak beramal, engkau pun tidak akan
mendapatkan pahala. Ali Karramallahu wajhahu berkata, “Siapa yang
mengira dirinya akan sampai pada tujuan tanpa sungguh-sungguh, ia
hanyalah berangan-angan. Angan-angan adalah barang dagangan milik
orang-orang bodoh. Al-Hasan Al-Basri rahimahullah berkata, “Meminta
surga tanpa berbuat amal termasuk perbuatan dosa.” Dalam sebuah khabar,
Allah SWT berfirman, “Sungguh tak punya malu orang yang meminta surga
tanpa berbuat amal.” Rasulullah saw bersabda,“Orang cerdas ialah orang
yang dapat mengendalikan dirinya dan berbuat untuk setelah kematian. Dan
orang bodoh ialah siapa yang memperturut hawa nafsunya dan selalu
berangan-angan akan mendapatkan ampunan Allah.” Anakku… Hiduplah
semaumu, karena pada hakikatnya engkau itu mayit. Cintailah sesukamu,
karena pasti engkau akan meninggalkannya. Dan, lakukanlah amal karena
pasti engkau akan diberi balasan. Ilmu tanpa amal adalah gila. “Mengapa
kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan
diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berpikir?” (QS. Al-Baqarah [02]: 44). Dan, amal tanpa
ilmu adalah sia-sia. Keduanya harus dipadukan satu sama lain. Ilmu
semata tak akan menghindarkanmu dari maksiat hari ini, dan tidak pula
dapat menyelamatkanmu dari siksa neraka di hari esok. Jika hari ini kamu
tidak sungguh-sungguh beramal, maka pada hari kiamat kelak engkau akan
berkata, “Kembalikanlah kami (ke dunia) agar dapat melakukan amal
salih.” Namun, dijawab, “Hei kamu, bukankah kamu telah dari sana?!”
“Maka pada hari itu seseorang tidak akan dirugikan sedikit pun dan kamu
tidak dibalasi, kecuali dengan apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. Yasin
[36]: 54) Semoga Allah SWT senantiasa memberikan kepada kita ilmu yang
berkah dan kemampuan untuk merealisasikan ilmu-ilmu yang telah Dia
anugerahkan kepada kita. Amin…. (M. Yusuf ShandyReferensi: 'Ma'allah'
karya Muhammad Al-Ghazali)
================================
Wasiat Al-Ghazali
Ketika Imam Ghazali pergi ke Rahmatullah pada hari Senin, 14 Jumada
al-Tsani 505 H, tepatnya 18 Desember 1111M, dalam usia ke 53. Dan Ahmad
saudara Al Ghazali menghubungkan fajar dari hari meninggalnya Al
Ghazali. Ia berwudh dan berkata : “Bawakan kain kafanku!” kemudian ia
mengambilnya dan menciumnya serta meletakkan di depannya kemudia Al
Ghazali berkata : ” Dengan senang hati saya memasuki Kehadirat
Kerajaan.” kemudian ia memasuki tempat yang siapapun tidak boleh
memasukinya. Saat mereka masuk, didapati Al Ghazali sedang menghadap
kiblat dan sudah memakai kain kafannya, serta di atas kafannya terdapat
selembar kertas yang berisi syair-syair. Menurut Margareth Smith
M.A,Ph.D penulis biografi Al Ghazali dalam bukunya. Dan salah satu syair
itu yakni :
Katakanlah kepada teman-temanku, saat mereka melihatku mati.
Mencucurkan air mata padaku, berduka cita atas dalam duka.
Jangan percaya, mayat yang kau lihat adalah aku.
Dengan Nama Allah, kukatakan kepadamu, mayat itu bukan aku.
Aku adalah Ruh, badan ini tidak ada apa-apanya, cuma daging.
Jasad itu, tempat tinggal pakaian sementaraku.
Aku adalah pusaka, dan badan ini hanya kulit penjaga.
Dihiasi debu, melayaniku sebagai tempat keramat.
Akulah mutiara, yang ditinggalkan kulit di padang pasir.
Akulah narapidana, yang menghabiskan waktu dalam duka.
Akulah burung, dan jasad ini adalah sangkarku.
Tatkala aku bebas terbang, ada bekas ku tinggalkan.
Segala puji bagi Tuhan, yang telah melepaskanku, bebas.
Ia persiapkan tampatku, di surga tertinggi.
Hari ini aku mati, setelah aku hidup di tengah-tengahmu.
Kini aku hidup dalam kebenaran, dengan kafan yang terbuang.
Hari ini aku dapat berbicara dengan orang suci di atas sana.
Sekarang tanpa penghalang aku berhadapan melihat Tuhan.
Aku melihat lembaran, dan disitu ku baca isinya.
Semuanyan ada padanya, yang hilang, sedang dan akan terjadi.
Biarkan rumahku hancur, letakkan sangkarku di atas tanah.
Lemparkanlah jasad, sebagai bukti, tidak lebih dari pada itu.
Lepaskan jubahku, karena itu hanyalah pekaian luarku.
Tempatkan semuanya di kuburan, biarkan, agar terlupakan.
Aku telah melalui jalanku, kau akan menyusul kemudian.
Tempat tinggalmu bukan tempat tinggalku.
Jangan kau kira, mati adalah mati, bukan, tetap hidup.
Hidup yang melampaui semua yang di impikan disini.
Selagi di dunia, kita hanya bisa tidur
Mati, lebih dari sekedar tidur, ialah tidur yang dipanjangkan.
Jangan takut saat mati menghampiri mendekatimu.
Mati hanyalah suatu awal menuju rumah yang di berkati.
Pujilah kelembutan-Nya dan datanglah jangan takut.
Apa yang ku alami, akan kau alami.
Sepengetahuanku, engkau juga seperti aku.
Seluruh jiwa manusia berasal dari Tuhan.
Raga mereka semuanya tersusun serupa.
Baik dan buruk, bergembiralah sekarang.
WaLLahu A`alam*
================================
0 komentar:
Posting Komentar